This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Dari Abu Umamah Al-Bahiliy (r.a) berkata bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda :

Wahai manusia ! Tuntutlah ilmu sebelum ia dikembalikan dan sebelum ilmu terangkat.

(HR Musnad Ahmad)

EGO


Ego adalah salah satu  cabang daripada sifat mazmumah yakni sifat buruk. Ego pada pandangan saya, boleh dikatakan sebahagian daripada penyakit hati.Maaf kalau saya silap. Kita pada hari ini kadang-kadang atau mungkin tidak menyedari langsung akan kehadirannya dalam diri kita. Kenapa?? Ini adalah kerana semua manusia mempunyai ego masing-masing sehingga tidak menyedari langsung akan kehadirannya.Ia adalah penyakit batin yang dipamerkan oleh sikap luaran kita.Bagaimana ingin mengetahui samada ego itu berada dalam diri kita atau tidak?? Jawapannya adalah ilmu. Ya! Hanya dengan ilmu mengenai sifat-sifat atau tanda-tanda ego sahaja, kita dapat mengetahui samada kita memilikinya atau tidak. Antara sifat-sifat ego adalah seperti berikut:-

1.Menolak Tuhan
Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia. Tidak mengakui akan kewujudan Tuhan. Ini menyebabkan mereka berada dalam kekufuran.
2.Menolak kebenaran atau Kufur.
Walaupun terdapat golongan yang mengakui kewujudan Tuhan namun mereka yang salah faham dan keliru tentang Tuhan turut meletakkan diri mereka di dalam kekufuran. Turut berada di dalam kategori ini ialah mereka yang menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW. Terdapat pula yang mengakui Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad, namun mereka menolak kebenaran ajaran Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka yang seumpama ini boleh jatuh kepada murtad atau kufur.

3. Meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya. 

 Golongan ini tidak kisah tentang dosa pahala, halal haram apatah lagi hukum Allah Yang Maha Berkuasa. Mereka hanya ingin kehidupan yang bebas tanpa terikat ataupun mematuhi hukum Allah yang pasti ada hikmah disebalik setiap hukum itu. Selain itu, golongan ini tidak suka menyandarkan setiap yang berlaku itu kepada kekuasaan Allah malahan mengatakan itu adalah lumrah alam.

4. Tidak mahu menerima dari orang atau pihak lain

Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain. Lebih-lebih lagi datang daripada orang bawahan atau status sosial seseorang itu yang dianggap lebih rendah daripadanya.

5. Selalu menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa
.
  Dia akan gunakan kuasa itu bukan sebagai amanah atau tanggungjawab tetapi sebagai peluang untuk menindas atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain. Andainya roda pusingan kehidupan menjadikan gilirannya pula berada di bawah atau menjadi pengikut, ketika itu dia akan menjadi orang yang paling sukar untuk taat setia kepada pihak atasannya. Egonya itu membuatkan dia menjadi amat sukar untuk tunduk kepada peraturan dan perintah ketuanya.


6. Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri

Kadang-kadang kita sendiri tidak perasan akan sikap ini.

7. Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya

Golongan ini merasakan dirinya tidak layak untuk menghormati orang lain tetapi sebaliknya. Dia merasakan orang lain yang patut menghormati dirinya.

8. Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak.Lebih-lebih lagi berpeluang untuk bercakap besar dan lantang.

9. Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra.

10. Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja. Kadang-kadang lebih suka berada di tengah-tengah orang yang lebih rendah bukan kerana merendah diri tetapi mengharapkan agar dirinya kelihatan lebih menonjol. Dan begitulah sebaliknya cuba mengelak berkawan dengan orang yang lebih atas kerana tidak mahu kelihatan dirinya rendah.

11. Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain. Apatah lagi apabila dicabar maka sangat tidak dapat menguasai emosi. Mudahnya tercabar itu samada akan memberi tindak-balas atau terus merajuk dan membawa hati. Pasti tercabar apabila dicabar.

12. Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.

13. Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan.

14. Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran. Apabila menerima teguran, teguran itu akan menyebabkan dirinya sakit hati malahan membawa kepada dendam kepada si penegur.

15. Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya. Apabila ada orang lain memuji seseorang yang lain dihadapannya, dia akan merasa sakit hati dan dendam kepada orang yang dipuji malahan kepada orang yang memuji. Mungkin benarlah kata-kata bahawa pujian itu adalah membunuh. Wallahu’alam.

16. Sangat suka berbahas. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran
tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah..

Itulah antara sifat-sifat atau tanda-tanda ego dalam diri seseorang itu. Mungkin ada sebahagian daripada diri kita mengatakan itu adalah perkara biasa. Fitrah manusia mempunyai sifat negatif dalam diri. Tetapi sampai bilakah kita ingin dibelenggu oleh modul tarbiyah makhluk yang dilaknat oleh Allah yakni syaitan?? Mungkin kita nampak ia adalah satu sifat yang biasa tetapi ego mampu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan kita. Bukan sahaja boleh kehilangan kasih sayang daripada orang disekeliling kita malah kasih sayang dan redha Allah, kita boleh kehilangan. Namun, jangan kita lupa bahawa Allah itu Maha Pengampun. Andai ada tanda-tanda ego dalam diri kita, marilah kita sama-sama berusaha untuk mencegahnya. Wallahu'alam.. ~Islah nafsak wad'u ghairak~  

Katamu apa yang kau impikan
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan

Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia

Bicara hatimu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa

Andai dibiar keegoan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan
Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu

Bukan ku sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukan