Dari Abu Umamah Al-Bahiliy (r.a) berkata bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda :

Wahai manusia ! Tuntutlah ilmu sebelum ia dikembalikan dan sebelum ilmu terangkat.

(HR Musnad Ahmad)

Gotong Royong L K C


           18 mac 2012,Ahad,Little Khalifah Community telah mengerahkan tenaga bersama-sama untuk membersihkan Surau Ibadurrahman,Kolej Matrikulasi Melaka.Gotong royong telah bermula sejak 8.30 pagi dan dimulakan dengan pembahagian kerja kepada setiap ahli oleh seorang amir.Keadaan surau menjadi lebih meriah dengan alunan lagu-lagu nasyid sambil melakukan tugas masing-masing.Kerja-kerja pembersihan diteruskan sehingga jam 12 tengah hari dan seluruh ahli LKC menamatkan kerja masing-masing terus ke kafe untuk makan tengah hari.