Dari Abu Umamah Al-Bahiliy (r.a) berkata bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda :

Wahai manusia ! Tuntutlah ilmu sebelum ia dikembalikan dan sebelum ilmu terangkat.

(HR Musnad Ahmad)

Hidayah milik Allah



Alhamdulillah
cubaan pertama ana try nk karang cerpen.Segala komen amatlah diperlukan.asiff kalaw banyak kesalahan.Ana ada adaptasi daripada beberapa novel sebagai rujukan.
dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.

kelihatan sepasang suami isteri kluar dripda klinik puan.kedua2nya nmpak seperti mnghadapi masalh yg sgt besar.
"mcm mana boleh mngandung ni?"kata si suami yg dikenali sebgai musa,"abg ingt saya nk mngandung lagi ke?igt sy nk kendong perut besar ni?yg dua org kt rumah tu pun saya rasa dah cukup,kita bukan org kampung nk anak banyak2!" blas jamilah istrinye.mukanya jelas kelihatan geram dgn keputusan ujian makmal.
"Ni semua salah abg,sebb abglah saya mngandung!"jelas kelihatan bibit2 kecewa di wajah jamilah."Tapi kita da cube mcm2 cre supye awak tak mngandung,pil2 semua abg dah beli" balas musa.
"sekarang ni kita nk buat apa?awak sanggup nk htr sy pergi klinik setiap bulan?saya tak nak anak ni!saya nk gugurkan!"jamilah tegas membuat keputusan tanpa memandang ke muka suaminya.Tanpa berfikir panjang Musa dgn cepat mengiyakan permintaan isterinya "kalau mcm tu esok kita pergi klinik swasta.Abg sanggup bayar."

Keesokkan harinya mereka berdua pergi ke klinik swasta tersebut malangnya Dr. Siva  kenalan lama Musa tidak kelihatan.Tempatnya digantikan dgn  seorg doktor lelaki beragama Islam.
"tolonglah doktor sy sanggup bayar lebih!"Musa cuba memujuk doktor tersebut supya menggugurkan kandungan isterinye.
"maafkan saya,keputusan tuan puan utk menggugurkan anak tanpa sebab yg munasabah adalah haram!melainkan sebab2 yg tertentu."jelas doktor tersebut.
"saya yg mengandung,bukan doktor!Pening pitam semua saya yg tanggung!bukan doktor!"Jamilah kelihatan emosi.
"maafkan saya puan saya tetap dgn keputusan saya. Saya tak kan gugurkan nyawa yg tidak bersalah,
byakkan beristighfar dan mengingati Allah."doktor tersebut memujuk dgn tenang.Dgn hampa musa dan isterinye keluar dari klinik tersebut dgn perasaan kecewa.
"banyak aje alasannya"musa bermonolong.
"takpe bang lepas ni saya nk makan jeruk,asam,nenas benda yg tajam2 supaya kandungan ni gugur."sinar harapan terpancar di muka mereka berdua.Kandungan Jamilah semakin membesar,vitamin yg dibekalkan oleh pihak hospital langsung tidak dimakan dngn harapan kandungannya gugur,tetapi kandungannya semakin hari semakin membesar tanpa sebarang komplikasi yang teruk.

kandungannya telah masuk bulan kelapan.Tanda-tanda awal utk bersalin telah mula nampak,rahimnya semakin mengeras dan perutnya berasa semakin senak.Musa mengambil keputusan utk menghantar Jamilah ke hospital Serdang.Anak anaknya telah diserahkan kepada adiknya utk dihantar ke kampung.Di unit bersalin kelihatan Jamilah meraung kesakitan dengan kata-kata yg kurang enak terpancul dari mulutnya."cepatlah doktor!saya dah tak sanggup nk tahan sakit anak sial ni!"jeritan Jamilah kedengaran ke seluruh unit bersalin.Musa hanya mampu melihat dgn simpati.
Seorang doktor lelaki yg dikenali sebagai Dr.Najiy segera menenangkan Jamilah."sabar banyak-banyak puan,banyakkan selawat,masalah yg kami hadapi sekarang adalah disebabkan puan takda tanda2 nak bersalin.Pintu rahim puan masih belum terbuka."terang Dr.naji
"kenapa sakit sangat ni doktor?doktor nk tgok saya mati ke?"tanya Jamilah.Dr.Naji tidak mempedulikan soalan Jamilah malahan dia terus melakukan pemeriksaan."saya rasa mungkin patient ni hidapi placenta abruption (pendarahan dalam otot rahim)" Dr Najiy menerangkan kepada Dr Leong seorang doktor yg lebih senior darinya.Selepas pemeriksaan lanjut dijalankan Jamilah telah disahkan menghidapi penyakit tersebut.
"kalaulah Jamilah jaga kandungan ni dgn betul semua ni takkan terjadi!"bisik hati musa."aku menyesal ya Allah".
Dalam masa yg sama telefon bimbitnya berbunyi,tertera nama ibunya yang membuat panggilan dari kampung."ada apa mak?Jamilah masih dalam wad bersalin".Musa memberitahu ibunya.
"banyakkan bersabar nak." kedengaran suara ibunya yang risau,tersekat sekat.
"kenapa mak?" tanya musa.
"adik kau kemalangan masa dlm perjalan tadi." ibunya terus menangis."macm mana dengan anak2 saya mak?!" Musa semakin cemas,dahinya berpeluh."along dgn angah dua2 meninggal,Musa."tangisan ibunya semakin kuat.Saat itu dirasakan dunianya gelap Musa duduk terdiam telefon bimbitnya jatuh ke lantai.Kelihatan Dr Najiy berjalan ke arah Musa.
"Maaf encik kandungan isteri encik tak dapat diselamatkan,".Dr najiy tenang menerangkan perkara tersebut kepada Musa."bagaimana dgn isteri saya doktor?"tanya Musa."Alhamdulillah isteri encik selamat,tapi rahimnya terpaksa dibuang kerana pendarahan yg teruk".Musa terus meraung sekuat kuat hatinya,ini bermaksud Jamilah tidak boleh mengandung buat selama lamanya kerana rahimnya telah dibuang.Dr najiy berusaha utk menenangkan Musa."Saya dah hilang segala galanya!saya dah takde apa2 lagi.Anak2 saya semua dah meninggal.Isteri saya dah tak boleh mengandung." Musa meraung dengan air mata yg turun bercucuran."sabar encik,encik tak hilang segala galanya.Encik masih ada Allah.mengadulah pada Allah."Musa berjalan pergi meninggalkan Dr najiy utk melawat isterinya yg ditempatkan di icu.

Jamilah kelihatan lemah di katil,dia tidak berhenti menangis dan menyesali perbuatannya."doktor saya nk balik.Dah dua minggu sya kt sini." pinta Jamilah kpda Dr najiy."insyaAllah esok puan dah boleh balik".Dr najiy tersenyum membalas pertanyaan Jamilah.
"saya nak bertaubat doktor.Selama ni saya jauh dari Allah,saya dah lama tinggal solat,saya jahil tentang agama.jiwa saya kosong."Musa bersuara setelah lama mendiamkan diri di sisi isterinya."encik masih belum terlambat,Allah sentiasa menerima taubat hambanya,berdoa dan merayulah kpada Allah."Dr najiy memberikan semangat.Jamilah mengangguk dan memandang suaminya.Jauh di sudut hati.Dia berasa sgt bersalah.

Hospital serdang kelihatan sibuk di wad bersalin.Pesakit keluar masuk tidak pernah putus."Doktor ada baby diserang penyakit kuning kritikal di wad sebelah" jururawat bertugas memberitahu Dr najiy yg bertugas menjaga wad tersebut.Pelbagai cara dilakukan bagi menyelamtkan bayi tersebut.setelah bertungkus lumus berusaha keadaan bayi tersebut kembali normal."mana ibu bayi ni?" bisik hati Dr najiy."nurse siapa ibu bayi ni?" tanye Dr najiy."ibu baby tu tak nak anak ni .Dia kata die taknk jaga anak tu."balas jururawat tersebut."subnanallah,apa dosa kau wahai anak kecil," Dr Najiy bermonolong dalaman."boleh bawa saya jumpa ibu bayi ni?" tanya Dr najiy kepada jururawat tersebut.
"maaf Doktor ibu bayi ni dah discharge pagi tadi,tak silap saya teman lelaki dia yg jemput".jururawat tersebut menjawab soalan Dr najiy sambil memandang sayu kepada bayi yang tidak berdosa itu.
"doktor,jiran saya memg tgah mencari anak utk dijadikan anak angkat.Mereka berdua pun kelihatan agak islamik.saya igt nk cadangkn pda mereka utk ambil bayi ni." Dr najiy jelas gembira mendengar khabar tersebut."Alhamdulillah boleh,kalau betullah mereka islamik,takkan ada masalah utk mereka jaga bayi ni,bayi ni tak berdosa yg berdosa ibu dia.takpe suruh mereka jumpa saya esok pagi.
Keesokkan harinya di wad bersalin Dr.Najiy didatangi oleh dua org pelawat.Suaminya memakai kopiah manakala si isteri bertudung labuh cendawan berwarna merah."Macam kenal." bisik hati Dr najiy."Musa dengan Jamilah!" setelah berselawat akhirnya Dr Najiy berjaya mengingati pasangan tersebut.
"doktor,saya dtg ke sini utk ambil bayi yg jiran saya beritahu semalam.kami memang nk cari anak angkat utk kami curahkan kasih sayang kami."terang musa.
"boleh!lepas saya uruskan semua urusan dengan jabatan kebajikan encik dah boleh amik bayi ni".Dr najiy menerangkan dgn senyuman.
"Alhamdulillah doktor,sekarng hidup saya lebih tenang,insyaAllah dengan ada ank ni kami nk didik anak ni sebaik mungkin mcm anak kami sendiri.Hujung minggu ni di rumah saya akn diadakan majlis ilmu.Jemputlah datang ke rumh saya." Musa menghulurkan kad alamat rumahnya kepada Dr najiy.Musa dan isterinya berjalan meninggalkan Dr Najiy utk ke kaunter bagi menguruskan urusan pengambilan anak angkat.
"Maha suci Allah,mahalnya harga yg mereka bayar utk dapt hidayah Allah.segala puji bg Allah".Bisik hati Dr.Najiy.