This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Dari Abu Umamah Al-Bahiliy (r.a) berkata bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda :

Wahai manusia ! Tuntutlah ilmu sebelum ia dikembalikan dan sebelum ilmu terangkat.

(HR Musnad Ahmad)

Zabarjad Buatmu Wanita

Kedengaran suara-suara sumbang yang tidak enak didengar. Kata-kata benci dilontarkan.

“ Aku benci la lelaki yang perasan hensem.. Aku benci la perempuan yang perasan cantik..”
“Aku tak faham la kenapa kawan aku yang sorang tu suka sangat kat mamat tu.. nak kata hesem tak..”
“ Wei… aku suka kat dialah.. tapi senyap jelah.. aku tak cantik.. mesti dia tak suka kat aku”

Aku teringat satu kata-kata:

“ Sekali wanita TERGODA,
Gugurlah sekuntum WARDAH di syurga,
Sekali wanita TERNODA,
Berdekah-dekahlah SYAITAN di neraka.”

Aku cuba ingatkan mereka dengan kata-kata ini. Jangan terlalu mudah tergoda dengan lelaki/perempuan. Jangan terlalu mudah untuk jatuh cinta. Carilah cinta Allah dalam hati, kelak hatikan lebih tenang. Mencari cinta manusia menyakitkan.

Cinta manusia umpama gula. Gula itu manis, memberi sedikt tenaga. Namun, AWAS!! Jika terlalu banyak gula yang diambil, ia menjadi penyakit. Begitu juga dengan cinta manusia. Ia sesuatu yang manis tetapi jika terlalu mencintai manusia lebih daripada penciptanya(ALLAH), Ia sesuatu yang sangat menyakitkan.
Namun setiap kata-kataku disangkal.

“ Kau senanglah cakap. Kau cantik. Tak perlu cari. Orang yang datang terhegeh-hegeh kat kau”

Astaghfirullahal‘azhim…Aku beristighfar panjang. Teringat kembali pesanan Saidatina Aisyah radiallahu anha..:

“ Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”

Sesuai dengan Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 31:

“  Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang biasa terlihat(wajah dan tapak tangan)….(sehingga akhir ayat…)”

Allah sudah mengingatkan kita. Rasulullah juga sudah mengingatkan kita agar menjaga pandangan. Ini adalah untuk menjaga hati kita daripada tergoda. Menutup aurat agar kita tidak dipandang oleh yang bukan muhrim.

“ Jangan kau merasa bangga dengan kecantikkanmu yang dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu, tetapi itu adalah satu penghinaan. Jika kau merasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir dipantai yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja, dimana seorang pengemis pun mampu memilikinya. Tetapi jika menganggapnya sebagai satu musibah, satu ujian dari Allah pada dirimu, kau telah memuliakan dirimu standing mutiara ZABARJAD. Yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja.”

Ingatlah sabda Rasulullah SAW :

“ Dunia itu adalah perhiasan. Dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”


Dan ingatlah wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang. Jaga pandangan, Jaga iman, Insya Allah, Allah akan jaga kita..