Dari Abu Umamah Al-Bahiliy (r.a) berkata bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda :

Wahai manusia ! Tuntutlah ilmu sebelum ia dikembalikan dan sebelum ilmu terangkat.

(HR Musnad Ahmad)

6 Sifat Para Sahabat





antaranya ialah


1. yakin dengan kalimah toyyibah (lailahaillallah muhamadurrasulullah)
   - sifat yang pertama bermaksud kita seharusnya yakin bahawa Allah berkuasa keatas segala apa yang ada di dunia walau sebesar zarah tetap Allah punya.Kita seharusnya menafikan bahawa mahluk tiada kuasa dan lemah,Allah yang amat berkuasa.Sebagai contoh kita sakit,yakinlah bahawa Allah s.w.t yang akan bagi sihat bukanlah ubat.Ubat adalah sebagai asbab untuk kita menjadi sihat.

2. Solat khusyuk dan khudu'
- bagaimana kita nak bawa ketaatan dalam solat keluar solat sebagai contoh dalam solat kita menutup aurat,di luar solat juga kita perlu menutup aurat.Di dalam solat kita menjaga pandangan kita dan hanya memandang tempat sujud,begitu juga dengan di luar solat,kita seharusnya menjaga pandangan daripada memandang  benda-benda yang mendatangkan maksiat pada kita.

3. ilmu dan zikir
- kita perlu menuntut ilmu untuk beribadat dan beramal.Tanpa ilmu dan hanya 'ikut-ikut' orang lain,yang akan menjadi guru kita adalah syaitan.jadi marilah kita belajar tentang agama lagi dan lagi dan zikir pula adalah makanan bagi orang-orang yang beriman.

4. ikramulmuslimin
- bermaksud menunaikan hak saudara tanpa menuntut hak.kita sebagai saudara seislam perlulah bantu-membantu.misalnya sahabat kita dalam kesusahan,kita bantu dia tanpa meminta sebarang balasan darinya dan lakukan dengan seikhlas hati.

5.ikhlas niat
- bermaksud lakukan sesuatu perkara yang diniatkan dengan seikhlas-ikhlasnya.dengan kata lain ikhlas dalam amalan.

6. dakwah dan tabligh
- dakwah adalah satu cara yang amat berkesan untuk meningkatkan keimanan terhadap Allah s.w.t .Dakwah dengan cara Nabi Muhammad s.a.w akan menjamin keimanan kita.

semoga apa yang kita baca kita dengar dapat disampaikan kepada saudara kita.Dakwah bukan bermaksud kita yang nak perbetulkan orang lain,tetapi dakwah bermaksud kita nak perbetulkan diri kita sendiri.dakwahlah dengan niat untuk memperbaiki diri.