Dari Abu Umamah Al-Bahiliy (r.a) berkata bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda :

Wahai manusia ! Tuntutlah ilmu sebelum ia dikembalikan dan sebelum ilmu terangkat.

(HR Musnad Ahmad)

Motivasi Diri

ERTI KEJAYAAN DIRI

Setiap kita, mengukur kejayaan pada sejauh mana kejayaan peribadi dapat dipindahkan kepada insan tersayang.

'bertambahnya pengatahuan' adalah satu ukuran bagi kejayaan diri ketika di era pengajian.Manusia yang biasa seperti kita pasti bangga dengan apa yang kita kecapi sebagai contoh, kita merasakan satu peningkatan ilmu pengetahuan dalam diri menimbulkan satu perasaan bahawa 'hari ini, aku lebih baik dari semalam'.Lebih mendalam lagi apabila kita berjaya menjadikan ilmu pengetahuan itu sebagai amalan kita.Kita pasti merasakan bahawa 'hari ini,aku lebih baik dari semalam'.

Namun begitu,usia kita sebagai manusia meningkat hari demi hari di mana kelak bakal menyedarkan kita bahawa segala ilmu pengetahuan dan amal yang terlalu sedikit menjadi tidak bererti.Jikalau dahulu,kita seorang yang mengukur kejayaan sendiri dengan menilai apa yang dicapai pada setiap hari,ukuran tersebut tidak akan membawa apa-apa makna pada masa hadapan.




Setiap kita, mengukur kejayaan pada sejauh mana kejayaan peribadi dapat dipindahkan kepada insan tersayang.
 (dipetik dari Bercinta Sampai Ke Syurga)

Jika selama ini kita menjadi anak yang soleh atau solehah, menjadi pelajar cemerlang, menjadi contoh kepada orang lain, adakah segala apa yang dicapai dapat dipindahkan kepada seorang isteri dan anak-anak kita kelak? Kejayaan yang kita capai adalah sekadar kejayaan peribadi.Bagi insan yang telah mendirikan rumah tangga,kejayaan sebenar bagi mereka adalah apabila seorang suami dapat mendidik isteri dan anak-anak mereka ke arah yang cemerlang.Cemerlang dari segi akademik,cemerlang dari segi akhlaknya, akidahnya dan lain-lain lagi.Pasti terdetik di hati suami yang soleh

Ya Allah, aku bermohon agar engkau memberikan aku kemudahan dalam mendidik anak dan isteriku, serta kurniakanlah mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

Belajarlah untuk mengukur kejayaan diri kita dengan mendidik diri kita untuk melihat sahabat dan orang di sekeliling kita turut berjaya sama seperti kita.Agar semua ummat islam di dunia dapat mengecapi kejayaan di dunia dan di akhirat.


Sesungguhnya, pengalaman itu bakal teruji apabila isteri,suami dan anak-anak menanti dibawa kepada sebuah kejayaan bersama, meniti usia pada hari tua.
(dipetik dari Bercinta Sampai Ke Syurga)