Dari Abu Umamah Al-Bahiliy (r.a) berkata bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda :

Wahai manusia ! Tuntutlah ilmu sebelum ia dikembalikan dan sebelum ilmu terangkat.

(HR Musnad Ahmad)

tikus dan Heri Poter

Al-kisah terdapat seekor tikus yang tinggal di dalam rumah yang besar. Pada suatu hari, si tikus ini ternampak tuan rumah ini membawa pulang seekor kucing yang cantik gebu tapi garang. Si tikus ini menggigil ketakutan lalu berjumpa dengan Heri Poter yang tinggal dihujung kampung.


" wahai Heri Poter, tukarkanlah aku menjadi seekor kucing kerana aku takut kepada kucing yang dibawa pulang oleh tuan rumah." Heri poter pun tukarkanlah si tikus itu menjadi seekor kucing.

Semasa perjalanan pulang ke rumah, seekor anjing secara tiba-tiba menyalak dan mengejar kucing itu yang asalnya seekor tikus. Dalam keadaan ketakutan si kucing ini segera berjumpa dengan Heri Poter

" wahai Heri Poter, tukarkanlah aku menjadi seekor anjing." Pinta si kucing. Tanpa sebarang syak keraguan Heri Poter pun menukarkannya menjadi seekor anjing.

Si anjing itu pun berasa suka dengan keadaannya sekarang tetapi tak berapa lama kemudian dia telah dibaling batu oleh seorang budak. disebabkan peristiwa itu dia berjumpa dengan Heri Poter dan menyatakan hajatnya untuk bertukar menjadi seorang manusia. 

Pada kali ini Heri Poter tak dapat menolong si anjing ini. Dia berkata, " kalau aku tukarkan kau menjadi sebuah gunung sekalipun hati kau masih seekor tikus."

'Ala kulli hal -  Selagi kita mempunyai hati seekor tikus nescaya kita tidak akan berjaya. Ambillah sedikit kekuatan yang terpendam dan do the new, ambillah lajak ke belakang untuk maju ke hadapan dengan lebih jauh lagi. Takutkan kegagalan supaya kita berjaya, dan bukan takutkan kegagalan menyebabkan kita terus gagal kerana gagal mencuba

~Ibnu Muhammad al-Muari~