Dari Abu Umamah Al-Bahiliy (r.a) berkata bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda :

Wahai manusia ! Tuntutlah ilmu sebelum ia dikembalikan dan sebelum ilmu terangkat.

(HR Musnad Ahmad)

tepuk dada tanya hati

Hari demi hari,detik demi detik, kita mempelajari ilmu yang baru, menambah pengetahuan dari hari ke hari, apa yang tidak diketahui sudah diketahui, apa yang menjadi persoalan dalam diri sudah terjawab dengan ilmu yang dituntut. Namun begitu, adakah kita beramal dengan ilmu yang kita pelajari?

'TEPUK DADA TANYA HATI ' 

Ilmu tanpa amal sangat dimurkai oleh Allah s.w.t . Mari kita 'flashback' ilmu-ilmu yang telah dituntut. Berapa banyakkah amalan yang kita lakukan berdasarkan ilmu-ilmu dalam dada kita? Sekali lagi 

                                                         'TEPUK DADA TANYA HATI '  

Cuba kita kumpulkan hadis-hadis dan ayat-ayat al-Quran yang kita pelajari dan tapis dengan yang sudah kita lakukan.Cuba lihat berapa banyak yang telah kita amalkan dan berapa banyak yang kita abaikan.



Seterusnya mari kita sentuh hal berkenaan dengan ahli ilmu. Dunia pada hari ini melahirkan terlalu ramai ahli-ahli ilmu yang mempunyai kelulusan agama, sudah terlalu ramai ahli-ahli ilmu yang petah berbicara dengan hujah-hujah mereka, akan tetapi, dunia hari ini telah tandus dengan orang-orang yang mempunyai ketinggian budi dan kehalusan pekerti. Disebabkan hal yang demikian, para ilmuwan kita pada hari ini hanya mampu mengumpulkan ramai PEMINAT dan bukannya PENGIKUT.

potongan ayat yang dipetik dari artikel ILUVISLAM

'bergaullah dengan ahli ilmu yangsebenar.Kita bakal merasai ketenangan dengan kesederhanaan hatinya, tutur kata dan tingkahlaku yang amat menyenangkan.Semakin tinggi penghormatan yang diberikan kepadanya,semakin tinggi pula penghormatannya kepada orang lain'.