Kedengaran suara-suara sumbang yang tidak
enak didengar. Kata-kata benci dilontarkan.
“ Aku
benci la lelaki yang perasan hensem.. Aku benci la perempuan yang perasan
cantik..”
“Aku
tak faham la kenapa kawan aku yang sorang tu suka sangat kat mamat tu.. nak
kata hesem tak..”
“
Wei… aku suka kat dialah.. tapi senyap jelah.. aku tak cantik.. mesti dia tak
suka kat aku”
Aku teringat satu kata-kata:
“ Sekali wanita TERGODA,
Gugurlah sekuntum WARDAH di syurga,
Sekali wanita TERNODA,
Berdekah-dekahlah SYAITAN di neraka.”
Aku cuba ingatkan mereka dengan kata-kata
ini. Jangan terlalu mudah tergoda dengan lelaki/perempuan. Jangan terlalu mudah untuk
jatuh cinta. Carilah cinta Allah dalam hati, kelak hatikan lebih tenang.
Mencari cinta manusia menyakitkan.
Cinta manusia umpama gula. Gula itu manis,
memberi sedikt tenaga. Namun, AWAS!! Jika terlalu banyak gula yang diambil, ia
menjadi penyakit. Begitu juga dengan cinta manusia. Ia sesuatu yang manis
tetapi jika terlalu mencintai manusia lebih daripada penciptanya(ALLAH), Ia sesuatu
yang sangat menyakitkan.
Namun setiap kata-kataku disangkal.
“ Kau
senanglah cakap. Kau cantik. Tak perlu cari. Orang yang datang terhegeh-hegeh
kat kau”
Astaghfirullahal‘azhim…Aku beristighfar
panjang. Teringat kembali pesanan Saidatina Aisyah radiallahu anha..:
“ Sebaik-baik wanita adalah yang tidak
memandang dan dipandang”
Sesuai dengan Firman Allah SWT dalam surah
An-Nur ayat 31:
“ Dan katakanlah kepada para perempuan yang
beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah
menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang biasa terlihat(wajah dan tapak
tangan)….(sehingga akhir ayat…)”
Allah sudah mengingatkan kita. Rasulullah
juga sudah mengingatkan kita agar menjaga pandangan. Ini adalah untuk menjaga
hati kita daripada tergoda. Menutup aurat agar kita tidak dipandang oleh yang
bukan muhrim.
“ Jangan kau merasa bangga dengan
kecantikkanmu yang dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu, tetapi
itu adalah satu penghinaan. Jika kau merasa bangga, kau menyamakan dirimu
dengan pepasir dipantai yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja, dimana
seorang pengemis pun mampu memilikinya. Tetapi jika menganggapnya sebagai satu
musibah, satu ujian dari Allah pada dirimu, kau telah memuliakan dirimu standing
mutiara ZABARJAD. Yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja.”
Ingatlah sabda Rasulullah SAW :
“ Dunia itu adalah perhiasan. Dan
sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”
Dan ingatlah wanita solehah itu tidak
memandang dan tidak dipandang. Jaga pandangan, Jaga iman, Insya Allah, Allah
akan jaga kita..