Dari Abu Umamah Al-Bahiliy (r.a) berkata bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda :

Wahai manusia ! Tuntutlah ilmu sebelum ia dikembalikan dan sebelum ilmu terangkat.

(HR Musnad Ahmad)

Coretan CIF

                                                 سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِي    

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis blog lagi sebagai medium dakwah.Acap kali kita ditimpa musibah ayat ni mesti singgah dalam ingatan kita."kenapalah jadi macam ni?",Kadang kadang tu kita siap boleh salahkan pencipta kita yang maha penyayang lagi "kenapa Allah turunkan ujian ni kat aku,Allah kan maha pengasih?"

Sebenarnya Allah rindu nak tengok kita merintih dan meminta kepadanya,menadah tangan dan menitiskan air mata tatkala kita leka  semasa senang.Kita manusia hanya merancang, tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik!awesome.
Haa ana nak kongsi tentang satu event yang inshaAllah ana takkan lupa sampai bila-bila.Buat sahabat-sahabat ana yang baca, asiff andai terasa hati or citer dan nama asalnya ana ubah sikit supaya tak menyentuh sensitiviti. Event nya ialah CIF.ha!andai yang baca ni terlibat dalam event ni mesti taw tentang segala mehnah yang Allah turunkan kat kita.Perancangan yang pada  awalnya diiringi gelak ketawa akhirnya mengundang kerisauan dan keterkilanan."~pihak kolej tak bagi bajet ~ ("__ ")." Tapi perancangan Allah adalah yang terbaik!

CIF

 Ikot kronologi memang mengundang seribu kenangan buat ana.Lepas je habis pspm1 beberapa orang min dan mat tinggal kat kolej untuk membincangkan tentang program apa yang nak dibuat time CIF.Honestly time tu macam tak semangat je still tinggal kat kolej,
Malam pertama tu sebelum meeting start salah sorang MT pun berkata "InshaAllah pertemuan kita malam ni adalah kerana ALLAH dan esok pagi pun kita berpisah kerana ALLAH,inshaAllah kita akan dinaungi arasy Allah.Antum semua kena ingat kalau kita tolong agama Allah sempena CIF untuk sebarkan budaya Islam kat kolej ni,Allah akan bantu kita.".sahabat ana yang bernama Ramlan menaikkan semangat kami malam tu.Lepas berlaku perbincangan sengit antara min dan mat 10 program terbaik telah dipilih,antara program yang paling menarik ialah KONSERT UNIC!!.Dalam masa yang sama berlaku perdebatan pulak 'antara min dan mat siapa yang paling baik?' sebagai selingan.Haa so kitaorg pun diarahkan untuk buat paper work masa cuti sem.Esoknya mat dah balik dulu sebab Kak Naufal kata,"kitaorang kena balik awal, kami ikut tentatif parents."Bagi min pulak ramai yang lepaskan tension main futsal kat belakang blok C2.

 Naik je sem 2 semua bersemangat nak mulakan sem baru ni dengan azam baru.InshaAllah 4 flat untuk sem 2. Selepas beberapa lama sem 2 bermula mesyuarat untuk program CIF diadakan di surau ibadurrahman.Masa ni pembahagian tugas dan unit dijalankan,semua semangat sampailah seorang MT ni mengumumkan 10 program terbaik yang akan dijalankan.Mesyuarat demi mesyuarat dijalankan.Ana suka time mesyuarat nak tentukan bajet!hehe "enta mintak je bape banyak yang enta nak so nanti kalaw diorang potong pun baki still tinggal banyak lagi." ana pun mintak la dalam ratusan ringgit jugak.Semua pogram pun sama macam tu.

Hari demi hari MT CIF bekerja keras untuk menjayakan pogram ni.Bab bab urusan dengan pihak atasan ana tak nak sentuh sebab ana tak terlibat.Tapi ujian bermula bila je sekumpulan MT balik dari mesyuarat dengan muka semua macam takde muka (tak taw nak describe).Minggu tu pulak diadakan mesyuarat dengan MT termasuk ketua program.Bila mesyuarat dah dimulakan macam biasa saudara Ramlan berucap
"macam ni lah.Ana pun tak pasti kenapa tahun kita jadi macam ni."
 Ana pun tertanya tanya dalam hati "jadi apa?" Ramlan menyambung "bila je kami habis mesyuarat dengan pihak atasan beberapa hari lepas kita tak dapat bajet untuk adakan pogram CIF."Muka semua yang hadir masa petang tu seolah olah kecewa termasukla ana.Seorang MT yang lain mencelah "takpe sahabat!Sekarang Allah tengah uji kita.Kita hanya merancang,Allah pun merancang,TAPI perancangan Allah adalah yang terbaik!" Ana ada juga dengar sahabat lain cakap "kita kan nak sebarkan budaya islam kat kolej ni?kenapa susah sangat?"
sahabat ana yang lain pun jawab "Allah sedang bagi ujian kat kita ni,ada hikmah di atas setiap yang berlaku." Tersenyum sahabat sahabat ana yang lain.Dalam minggu yang sama mesyuarat untuk semua ahli yang terlibat dalam CIF diadakan.Ramlan mula dengan ayat yang sama iaitu takda bajet untuk CIF."sekarang ana nak antum semua,setiap unit yang terlibat fikirkan nak jual apa time JUMBO SALE sebagai plan kita nak cari bajet". Semua unit bersama ketua unit masing masing sibuk berbincang,termasuklah MT dan ketua program.Setelah hampir sejam berbincang setiap unit mengumukakan jenis jualan yang akan dijalankan termasuklah MT.Saudara Ramlan berucap lagi "inshaAllah jumbo sale akan diadakan dua minggu lagi bagi mencari dana untuk CIF,TAPI semua unit kena keluarkan bajet sendiri dulu."Dalam masa yang sama kedengaran suara riuh rendah sehingga terdengar seorang sahabat berkata "guna duit sendiri dulu?elaun pun dah habis." Ramlan menyambung "sabar sabar,nanti kita dah dapat untung kami akan bayar balik.Jika kita tolong agama Allah kelak Allah akan bantu kita balik.Allah sedang menguji kita sekarang ni."

Selesai je solat zuhur berjemaah kebanyakan min akan berkumpul di bilik bilal untuk bersiap ke kelas,kebetulan Ustad Asri yang merupakan penasihat program pun ada jugak."Takpe awak semua jangan risau,ada sebab kenapa Allah menguji kita.Kita nak buat kerja agama ni,tapi pihak kolej tak bagi bajet.Kita semua berusaha dulu,Allah akan tolong dalam masa yang sama."kata-kata Ustad Asri seolah olah memberi semangat kepada semua yang ada di dalam bilik tu.Dalam masa yang sama beberapa minggu selepas tu seorang MT berucap sewaktu mesyuarat
 "Alhamdulillah,pihak kolej akhirnya bagi kita dana untuk CIF ni,tapi hanya RM4000 lebih je,kos yang kita perlukan semuanya hampir RM11000 lebih." Alhamdulillah sekurang kurangnya ada jugak bajet.Hari demi hari persiapan semakin panas.Semakin banyak jualan yang akan diadakan untuk mencari dana,jualan baju,hari ukhuwah,tayangan video,Jumbo sale dan jualan tiket konsert UNIC.Alhamdulillah ilham yang Allah beri kat kita macam mana nak cari bajet lebih bagi CIF.Tibalah hari jualan Jumbo sale,semua unit memerah keringat  mengadakan persiapan sejak petang ,mereka diuji lagi,sewaktu persiapan diadakan langit kelihatan mendung sahabat min ana siap cakap "rasa rasa mesti tak ramai datang malam ni,hari nampak macam nak hujan je takut takut tak habis jualan ni." sahabat min yang lain menyampuk "Eh kau ni,rezeki semua ketentuan Allah,kita tengah berusah ni.Berdoa la supaya jualan kita laku."
Selepas je solat Maghrib secara berjemaah selesai,semua bergegas ke tempat jualan,dalam masa yang sama pelajar pelajar semua bergerak ke Dewan utama sempena sambutan Chinese New Year.Jualan pun bermula kelihatan kawasan jualan sesak dengan pelajar,ramai!Dalam masa sejam ada gerai yang telah habis jualan.Alhamdulillah Allah telah menolong kita!Sehingga la jualan tamat untung yang diperolehi agak besar,TAPI dalam masa yang sama Allah juga sedang menguji kita.Di dewan besar ramai remaja islam yang berhibur secara berlebih lebihan.lampu ditutup tarian secara beramai ramai diadakn,Allah sedang menguji lagi dalam keseronokan berjual beli,kita lupa yang kemungkaran sedang berlaku hampir je dengan kita.Ujian datang lagi dalam sibuk mencari dana sehingga ikhtilat 'kurang' terjaga.Kita renung renungkan dan jadikan pengajaran supaya perkara sama tak berulang lagi.


Minggu CIF dimulakan dengan 'Forum cinta itu halal couple itu haram' Alhamdulillah jumlah pelajar yang dtg ramaila sampai tirai terpaksa dibuka dan muslimat terpaksa dianjak ke hadapan.Minggu CIF berjalan dengan lancar sehinggalah ke program sembelihan kerana Konsert UNIC akan diadakan pada minggu seterusnya.Sepanjang minggu CIF ramai antara kita yang diuji dengan macam macam perkara contohnya bila program sembelihan berlangsung ada ajk yang tidur kat bilik,pertindihan arahan dalam perlaksanaan program,ketua unit tarik diri,ahli tak ada commitment dan banyak lagi lah.semua memang kita kena hadapi,InsyaAllah ana masih ingat sahabat ana ingatkan "bila semua orang menyalahkan sesuatu yang sememangnya salah,menjadi tugas kita untuk meredakan keadaan dan menghilangkan suulzon serta be cool dalam menyelesaikan masalah,kalau tak susah untuk kita sebagai seorang Daei untuk menghadapi masalah yang lebih sukar lagi,"haa syukran buat sahabat yang sentiasa mengingatkan sahabat yang lain.Sampailah ke malam yang dinanti nanti! bersama UNIC.Segala persipan dijalankan dengan penuh teliti sebab program ni adalah program yang terbesar sempena cif tahun ni.Dari waktu petang rabu sehinggalah jumaat petang rehersal dan persiapan diadakan.Semua ahli CIF turun padang.Selepas je solat mghrib berjemaah semua ahli Cif beserta pelajar bergerak ke dewan harmoni,haa bilangan pelajar teramatlah ramai!Alhamdulillah dapat berdakwah sambil berhibur.Sehinggalah jam 10.45 malam majlis tamat.Terdengar pelajar pelajar bercakap sesama mereka "bestla konsert tadi," "yg kurus tu paling handsome,suara pun sedap!"
macam macam lagi laa.selesai mengemas dewan kebanyakan min terus bergerak ke surau berborak tentang konsert yang baru je selesai tadi sehinggalah tertidur.Keesokkan harinya ana dan dua sahabat lain outing ke masjid tanah,aura CIF masih belum pudar di mulut masing masing bercerita tentang minggu CIF "rindu la pulak suasana  CIF"kata sahabat ana,afsal, "ujian Allah buat kita semakin kuat,dari takda bajet kita buat macam macam jualan sampailah malam tadi,insyaAllah aku rasa usaha kita berjaya," balas sahabat ana, miqail.ana pun menyampuk sambil tersenyum "jom kita buat CIF lagi sekali,!"
"takpa takpe aku dah tak nak pegang duit banyak banyak!"ungkapan tersebut mengundang ketawa.Kami bertiga tersenyum dan meneruskan perjalanan.

haa sahabat sahabat Alhamdulillah sehinggalah saat ana tengah menaip ni,setelah hampir sebulan CIF berlalu pergi banyak komen positif yang ana dengar apabila bilangan perempuan yang menutup aurat  dengan sempurna semakin bertambah,ada jugak couple yang da jadi single,
lagu lagu yang dulunya hardcore ditukarkan dengan lagu nasyid,hehehe dan bilangan pelajar yang turun ke surau pun semakin bertambah.Ingatlah Allah tidak melihat kepada hasil tetapi Allah melihat usaha kita sama ada kita memperjuangkn islam atau sebaliknya.Wallahu'alam.
Ana minta maaf kalau ada yang terasa apabila membaca post ni ,komen antum amat diperlukan.
Salam.