Dari Abu Umamah Al-Bahiliy (r.a) berkata bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda :

Wahai manusia ! Tuntutlah ilmu sebelum ia dikembalikan dan sebelum ilmu terangkat.

(HR Musnad Ahmad)

Dunia Sains Dalam Al-quran

Assalamu'alaikum WBT dan salam perkenalan,

Al-quran merupakan kitab suci  umat islam dan kita wajib beriman kepadanya kerana sudah termaktub di dalam rukun iman. Jadi kepercayaan kita terhadap al-quran perlu kita kuatkan dan kukuhkan lagi dengan mengamalkan apa yang diwahyukan dalam al-quran. Tetapi pada hari ini, sangat sedikitlah manusia yang benar-benar memahami apatah lagi mengamalkan isi kandungan al-quran.

Fungsi al-quran pada masa ini sedikit lari daripada fungsinya yang asal. Segelintir manusia menggantung ayat-ayat al-quran pada dinding rumah dengan pelbagai hiasan yang sangat menarik. mereka beranggapan ayat-ayat ini mampu menangkis daripada sebarang malapetaka ataupun menyelamatkan mereka daripada nasib buruk. hal ini adalah kepercayaan khurafat kerana mereka menganggap ayat-ayat al-quran sebagai tangkal azimat yang mampu menolak bencana.

Selain dijadikan panduan hidup, kita juga disuruh mengaji dan mengkaji al-quran. Berdasarkan surah Yunus, ayat 101,' Katakanlah, "perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi!" tidaklah bermanfaat tanda-tanda (kebesaran Allah) dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang yang tidak beriman.' Ingatlah sahabat2 suatu masa dahulu umat islam mencapai zaman kegemilangan ilmu disebabkan mereka berpegang pada ayat ini

Pada hari ini, mengapa umat islam mundur sedangkan orang2 Barat pula yang berjaya? Bukankah mereka itu bukan umat islam? Mereka berjaya kerana meeka merasakan al-quran itu terlalu hebat untuk dikaji. Mereka mengkaji bagaimana alam semestar terjadi dan kejadian 'Big Bang' dan mereka berpandukan surah fussilat ayat 11, ' kemudian Dia menuju ke langit dan (langit) itu masih berupa asap, lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi, "datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan patuh atau terpaksa." keduanya menjawab, " kami datang dengan patuh." Asap tersebut merujuk kepada gas2 partikel yang berkumpul. Oleh kerana terlalu padat, ia pun meletup. Begitulah teori 'Big Bang'.

Kita pada hari ini mundur disebabkan kita gagal menyahut seruan ilahi. kita juga gagal untuk menyelami apa yang al-quran cuba 'sampaikan' kepada kita. kita juga menganggap al-quran ini sesuatu yang remeh dan hanya dibaca untuk dikhatamkan sahaja. Oleh itu sahabat2 sekalian, sedarkanlah diri kita bahawa al-quran merupakan mukjizat yang paling agung dan kita memilikinya. Marilah kita kembali kepada Allah SWT dan al-quran agar kita dapat membina satu tamadun yang sama hebatnya dan setanding dengan zaman2 yang terdahulu. Wassalam

~ Ibnu Muhammad al-Muari~